rss
email
twitter
facebook

Tuesday, October 12, 2010

Gambar Majlis Perkahwinan Datuk Sani

Share
Seperti yang dijanjikan dua hari lepas, hari ni cik minah akan bagi korang semua tengok gambar perkahwinan Datuk Sani dan pasangannya Datin Fatimah Dalilah Omar. Pasangan sejoli ni diijabkabulkan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu. Majlis Datuk Sani ni juga berkongsi tarikh dengan majlis Aqasha serta Datuk Sheikh Muzaffar.

Jom layan gambar ni sama-sama.





Sunday, October 10, 2010

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Aqasha

Share
Ramai yang pilih tarikh 10.10.10 untuk melangsungkan perkahwinan. Antaranya termasuklah angkasawan negara, Dato' Sheikh Muzaffar Shukor, tauke bas Sani, Datuk Sani dan tak ketinggalan pelakon kacak, Aqasha.

Mari kita layan gambar perkahwinan Aqasha dan pasangan yang berlangsung di Lake Fields semalam.



Nak lagi? Jom klik sini

Wednesday, October 6, 2010

Konsert Maher Zain di Malaysia

Share

Handsome kan. Akak pon terpikat tegok matanya yang redup tu. Alahai Maher Zain..
Bagi sesiapa yang minat bagai nak gila si macho Maher Zain, korang boleh la pergi tengok konsert dia pada 15 Oktober ini, pukul 8 hingga 11 malam di Auditorium MBSA Shah Alam.

Maher akan menyanyikan lagu-lagu daripada albumnya yang pertama iaitu Thank You Allah. Akak suka dengar semua lagu dalam album beliau ni terutamanya lagu Always Be There, Thank You Allah, For The Rest of My Life dan banyak lagi lah.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Maher Zain, mari kita selongkar di bawah ni.

Tuesday, October 5, 2010

Fasha dan Jejai Semakin Rapat

Share

Mesranya Fasha dangan Jejai beraya. Pergi open house pun bersama. Tak boleh berpisah langsung pasangan kekasih ni. Asalkan tak ganggu orang lain sudah la ye Fasha.

Monday, October 4, 2010

Giliran Ayu Raudah Tampil Dedah Cerita

Share

Kenyataan akhbar yang di buat Rita semalam membuatkan Ayu Raudah tampil bersuara juga. Nampaknya bakal ipar ni tak nak beralah. Sorang masuk akhbar, sorang lagi mesti kena masuk jugak. Aidil juga bakal membuat kenyataan berkenaan rumah tangganya dengan Rita. Wah, ni macam perang kenyataan. Sekiranya dengan kenyataan akhbar membantu Aidil dengan Rita kembali bersatu, itu dah kira berita baik.

Hari ni Ayu Raudah telah mengaku bahawa krisis rumah tangga Rita dan Aidil tak menjejaskan hubungannya dengan Zaquan Adha.

blog up