rss
email
twitter
facebook

Wednesday, October 6, 2010

Konsert Maher Zain di Malaysia

Share

Handsome kan. Akak pon terpikat tegok matanya yang redup tu. Alahai Maher Zain..
Bagi sesiapa yang minat bagai nak gila si macho Maher Zain, korang boleh la pergi tengok konsert dia pada 15 Oktober ini, pukul 8 hingga 11 malam di Auditorium MBSA Shah Alam.

Maher akan menyanyikan lagu-lagu daripada albumnya yang pertama iaitu Thank You Allah. Akak suka dengar semua lagu dalam album beliau ni terutamanya lagu Always Be There, Thank You Allah, For The Rest of My Life dan banyak lagi lah.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Maher Zain, mari kita selongkar di bawah ni.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh Red One seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar.

sumber daripada: istimewanya Maher Zain dan facebook maher zain



No comments:

Post a Comment

blog up