rss
email
twitter
facebook

Sunday, March 28, 2010

AF8: Erma Peserta Kedua Tersingkir

Share

Minggu kedua Akademi Fantasia 8 menyaksikan penyingkiran Ema atau nama sebenarnya Erma Suhaima, 21 yang berasal dari Ranau, Sabah. Beliau mendapat undian paling rendah daripada penonton iaitu 7.03 peratus. Penyingkiran Ema memang sudah diagak sebab dari minggu lepas beliau hanya menduduki carta ketiga paling rendah.


Pada konsert minggu kedua semalam, Ema menyanyikan lagu Pakai Buang daripada Stacy. Ema merupakan kakak kepada Adira menerima keputusan tersebut dengan terbuka. Walaupun telah tersingkir namun beliau tetap akan meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

Pada konsert minggu hadapan, tinggal lagi sepuluh orang peserta bakal berentap untuk merebut gelaran juara pada konsert akhir.

No comments:

Post a Comment

blog up