rss
email
twitter
facebook

Monday, March 29, 2010

Sekitar Gambar Majlis Kahwin Umie

Share

Alhamdulillah..selesai sudah majlis Umie Aida dan Datuk K semalam di Hotel One World. Bahagia sungguh bila pulak dah! tengok gambar pengantin ni. Senyum simpul-simpul gitu. Al-maklumla bercinta lepas kahwin, perasaan tu lain sikit.

Umie nampak sangat cantik dengan memakai baju rekaan Jovian Mandagie yang bertemakan merah cili. Pada upacara memotong kek pula, mereka berdua tampil dengan pakaian serba putih.

Persandingan yang bermula pada pukul 9 malam semalam sangat meriah dengan kedatangan Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali sebagai tetamu VVIP. Antara artis yang hadir seperti seperti Erra Fazira, Serina Redzuawan, Dynas, Nabila Huda, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Liyana Jasmay, Misha Omar, Fazura, Lisa Surihani, Nasha Aziz dan Fahrin Ahmad.

Umie mengaku bercinta lepas kahwin sangat memberinya kenangan yang tak dapat dilupakan. Antara kata Umie lagi:

"Saya tak boleh nak luahkan bagaimana nikmat bercinta selepas berkahwin. Semasa baru lepas bernikah, saya rasa kelakar apabila duduk berduaan dengannya. Kenangan waktu itu sangat bahagia dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli."

Macam syok la pula bercinta lepas kahwin ni ye..:) Untuk Umie, pulak dah! ucapkan selamat pengantin baru. Jom kita layan gambar Umie di majlisnya semalam.






No comments:

Post a Comment

blog up