rss
email
twitter
facebook

Sunday, October 3, 2010

Rumah Tangga Rita dan Aidil Bergelora?

Share

Rumah tangga Rita dan Aidil kini umpama retak menanti belah. Dengar ceritanya Aidil dah lama tak pulang ke rumah Rita. Malah sewaktu hari raya baru-baru ni pasangan ini tidak beraya bersama. Aidil beraya di Kedah, Rita pula beraya bersama keluarganya di Perlis.

Cinta yang dibina atas dasar cinta walaupun perbezaan umur terlalu ketara akhirnya goyah. Dan hari ni Rita tampil untuk buat pengakuan di akhbar mengenai berita buruk rumah tangganya itu.

"Kali ini saya terpaksa buka mulut mempertahankan diri, apabila hak dan maruah saya bagai dipijak-pijak. Hubungan saya dengan beberapa wartawan terjalin baik sejak lebih 10 tahun. Apa saja cerita baik dan buruk sampai semula ke pengetahuan saya. Saya hairan kenapa pelakon Ayu Raudhah turut campur tangan dalam urusan keluarga saya?"

Aik, Ayu Raudah ke punca utamanya?

"Saya tidak pernah mengenalinya secara rapat. Saya hanya bertemunya hanya sekali, ketika Ayu menjadi pelakon tambahan dalam drama Rafflesia. Itupun bekas kekasihnya, Pekin yang memperkenalkannya. Saya tidak tahu apa yang menyebabkannya cemburu, sakit hati dan sanggup menyebarkan fitnah. Kalau pasal saya ada hubungan dengan bakal suaminya, Mohd Zaquan Adha, itu cerita lama."

Macam tu ke ceritanya Rita? Takkan sampai macam tu bakal ipar Rita dengki.

"Suami dan rakan-rakan baik tahu apa yang berlaku. Tidak perlulah ungkit cerita lama. Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Saya nak jelaskan - kalau kaki disko, pemabuk dan kaki perempuan seperti itu, memang tidak sesuai dengan saya.

Apa yang dilakukan, lebih mengeruhkan hubungan saya dengan keluarga mentua. Apa yang diceritakan keluarga mentua disebarkan kepada wartawan hingga menjadi gosip dalam beberapa akhbar. Saya cukup terkilan. Dia bukan hanya menabur cerita yang bukan-bukan kepada rakan wartawan, malah turut bercerita keburukan saya pada orang produksi (pekerja penerbitan filem atau drama).

Bagi saya, kalau nak buat fitnah cermin diri dulu. Dia baik sangat ke? Sebelum menjaga tepi kain orang, tengok kain sendiri yang sudah koyak rabak. Bukan orang industri tak tahu perangainya selama ini. Janganlah bersikap lebih sudu daripada kuah."

Aidil beraya tanpa Rita

Itu baru pengakuan daripada Rita. Belum lagi daripada Aidil dan Ayu Raudah. Diharap Rita sabar aje lah untuk menghadapi semua ni. Kalau berdaya selamatkan rumah tangga daripada bercerai. Kesianlah pada Rayyan yang perlukan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya.

No comments:

Post a Comment

blog up